Sabtu, 28 Februari 2009

BICARA PSIKOLOGI


KONFLIK SOSIAL
Oleh Mohd Anis Bin Tahir
Definisi
Keadaan di mana berlaku pertembungan matlamat di antara individu atau kumpulan-kumpulan dalam organisasi (Gary John, 2001)
Dalam kehidupan sosial manusia, di mana sahaja dan bila, tidak terlepas dari apa yang disebut “konflik” (Chandra, 1992; Lauer, 1993).
Punca Konflik
Manusia merupakan individu unik di mana memiliki pendirian dan perasaan yang berbeza-beza. Perbezaan-perbezaan ini merupakan faktor penyebab konflik sosial, justeru dalam kehidupan manusia dan hubungan sosial, seseorang itu selalunya tidak sefahaman apabila timbul faktor-faktor di atas. Perbezaan dari segi latar belakang kebudayaan menyebabkan membentuk personality dan peribadi yang berbeza. Antara lain punca / faktor konflik itu adalah seperti berikut:-
Perbezaan Kepentingan
2. Perbezaan kepercayaan
3. Masalah komunikasi
4. Perbezaan budaya dan adat resam
5. Perbezaan kedudukan/pangkat/status/kuasa
6. Perbezaan politik
7. Jantina/warna kulit
8. Perbezaan sistem nilai
9. Sumber terhad
Kajian menunjukkan kebanyakan Pengurus syarikat ternama di Amerika Syarikat menghabiskan 20 % masa untuk mengurus konflik. (Greenberg,J (1997)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan