Sabtu, 11 Mei 2013

SELAMAT HARI IBU

 (Gambar keluarga Mek Ngah Abdul Rahman)

Umi,
Tidak pernah ku dengar kau mengeluh,
Kerna membanting tulang mencari rezeki untuk anakmu,
Tidak pernah ku melihat wajahmu mencemuh,
Kerna melahirkan dan membesarkanku..


 
Umi,
Jelas di riak wajahmu ,
Terpancar sinar keceriaan,
Yang menjadi penyuluh kegembiraanku dan kejayaanku,
Sehingga ke hari ini.


Umi,
Ku takut andai ku tidak dapat membalas setiap pengorbananmu,
Ku sebak andai usahaku tidak cukup untuk digelar anak mithalimu,
Ku gementar sekiranya dikau terluka dengan tingkah laku ku,
Ku cuba, umi.. Ku cuba menjadikan diriku mutiara untukmu..


Umi,
Kau bagaikan bidadari dunia ini,
Dihadiahkan Allah untukku,
Penuh bahagia ku sampingmu, umi..
Kan ku hadiahkan doa buatmu di sepanjang hayatku..


Hasil Nukilan,
Maizatul Nuzi Othman
ISMA  Hulu Langat

UMI, IBU, MAK, BONDA, MAMA, MUMMY, WALIDAH @ MOM….. tak kira apa saja gelaran yang anda berikan, insan tersebut adalah seorang yang paling kita sayangi dan hormati.
Sempena HARI IBU ni jom kita raikan orang yang kita sayangi dengan berdoa, bacaan al-quraan, memasak makanan yang mereka suka n peluk cium mereka sentiasa.

Sabtu, 4 Mei 2013

JOM P UNDI PEMIMPIN KITA -PRU 13

Kepada semua warga Felda Endau Kampung Kesayanganku, hari ini jom kita sama-sama pilih pemimpin yang kita sayangi. Undi kita adalah berharga untuk membentuk sebuah kerajaan yang memerentah.


Siapakah sebenarnya orang yang berhak untuk menjadi seorang pemimpin dalam pandangan Islam? Secara jelas kriteria seorang pemimpin. Dalam surat al-Maidah: 42 dijelaskan bahwa, ”Pemimpin adalah seorang yang mampu memberi manfaat bagi orangorang yang dipimpinya”. Begitu pula sebaliknya, kalau hendak menjadi pemimpin, ia harus berani tampil ke depan, memberi contoh dalam ucapan dan perbuatan, menjadi pembangkit semangat serta meningkatkan kemauan di tengah-tengah mereka, mengikuti dan mengarahkan aspirasi serta tindakan yang dipimpin.

Dalam ayat lain, pada al-Baqarah: 119 juga disebutkan, ”Sesungguhnya Kami telah mengutus engkau (Muhammad) dengan kebenaran sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan dan engkau tidak akan diminta pertanggungjawaban tentang penghuni-penghuni neraka”.

Jadi seorang pemimpin yang diharapkan  adalah seseorang yang di dalam dirinya ada unsur kebenaran, pembawa berita gembira, dan pemberi peringatan.
Berkaitan dengan kriteria seorang pemimpin, al-Mawardi memberikan tujuh syarat.
Pertama, keadilan (al- ’adalah) atas syarat yang menyeluruh.
Kedua, memiliki pengetahuan yang memungkinkan untuk berusaha keras (ijtihad) dalam berbagai persoalan termasuk hukum.
Ketiga, sihat inderanya, baik pendengaran, penglihatan, dan lisan agar dapat secara benar apa yang didapatinya.
Keempat, sihat anggota badanya
Kelima, kreatif dalam mengatur rakyat dan mengupayakan kebaikan.
Keenam, memiliki keberanian dan keteguhan
Untuk syarat yang terakhir, oleh Ibn Khaldun ditafsirkan secara kontekstual,

Kepada sahabat-sahabatku, Razak, Lan Pitong, Din, Zai Pak Ali, Mazlan jika balik, Ghani, Zul, Awang, Cikgu Bani, Cikgu Zizi, Manas, Yusop, Milah, Ani, Ton, Fazidah, Tipah, Nasir n lain-lain, pilihlah pemimpin kita berdasarkan sejarah perjuangannya,  prestasi semasanya dan yang penting sekali mesti diredahi Allah.

SELAMAT MENGUNDI

Jumaat, 15 Mac 2013

BERKUALITI KE RUMAH MESRA RAKYAT MCM NI

Rumah ni mcm tidak berkualiti jer..
Siapa perlu diberitahu?
Siapa patutnya memantau kualiti rumah spt ini?
Tidak ada orang/pegawai kah yg memantau dan menilai?
Adakah tuan sendiri yang bersusuahpayah untuk memantaunya?
Gambar rumah ini diambil pada 16/3/2013 di Felda Endau, Mersing Johor.


Syarikat Perumahan Negara Berhad (444205-M)
Tingkat 8, Wisma Perkeso,
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
HOTLINE: 1300 80 3838
603 – 2618 5555
603 – 2681 0170

 CAWANGAN SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

Cawangan Selatan
Lot 6 & 7, Tingkat 13,
Menara Tabung Haji,
Jalan Ayer Molek,
80000 Johor Bahru, Johor.
607 -225 9900
607 -222 3233


Jom Kita bandingkan apa yang sepatutnya dibina...

Bantuan rumah 1 Malaysia 2013 yang lebih dikenali sebagai rumah mesra rakyat 1 Malaysia (RMR1M). Tujuan pelaksanaan bantuan rumah ini adalah memfokuskan kepada pembangunan rumah mampu milik di seluruh negara melalui pelaksanaan Program Rumah Mampu Milik atau lebih dikenali Program RMM.