Jumaat, 31 Disember 2010

SALAM TAHUN BARU 2011


Semog semua warga tua Felda Endau dipanjangkan usia,dimurahkan rezeki, sihat agar dapat memgerjakan ibadah yang telah ditetapkan Allah (Mek Teh, Mak Pesah, Mak Yam, Pak Mat, Mak Jah dan lain-lain )


Ya Allah, wahai Tuhan kami. Engkaulah jua Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada lagi tiada permulaan. KelebihanMu maha besar dan kemurahanMu amat limpah yang sangat-sangat diharapkan.


Tibalah sudah tahun baru. Kami mohon kepadaMu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan yang terlaknat. Juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya.

Dan kami mohon daripadaMu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada jalan-jalan kejahatan).

Kami mohon juga kepadaMu, ya Allah, akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu. Ya Allah, Tuhan yang maha agung lagi maha mulia. Ya Allah, Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Sumber: Buku pilihan doa

Khamis, 23 Disember 2010

FELDA ENDAU CEMERLANG PMR 2010


(Gambar Hiasan)

Cucu-cicit Felda Endau kampung kesayanganku amat cemerlang dalam keputusan PMR 2010 yang telah diumumkan baru baru ini. Antara pelajar yang cemerlang ialah Muhammad Azamuddin bin Adnan, Nurul Hidayanti binti Muhamad, Muhammad Luqman bin Mat Jani, Nurhidayah binti Sarbaini dan lain-lain. Semoga kecemerlangan mereka ini menjadi ikutan dan idola kepada anak-anak yang lain. Amin