Jumaat, 31 Disember 2010

SALAM TAHUN BARU 2011


Semog semua warga tua Felda Endau dipanjangkan usia,dimurahkan rezeki, sihat agar dapat memgerjakan ibadah yang telah ditetapkan Allah (Mek Teh, Mak Pesah, Mak Yam, Pak Mat, Mak Jah dan lain-lain )


Ya Allah, wahai Tuhan kami. Engkaulah jua Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada lagi tiada permulaan. KelebihanMu maha besar dan kemurahanMu amat limpah yang sangat-sangat diharapkan.


Tibalah sudah tahun baru. Kami mohon kepadaMu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan yang terlaknat. Juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya.

Dan kami mohon daripadaMu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada jalan-jalan kejahatan).

Kami mohon juga kepadaMu, ya Allah, akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu. Ya Allah, Tuhan yang maha agung lagi maha mulia. Ya Allah, Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Sumber: Buku pilihan doa

Khamis, 23 Disember 2010

FELDA ENDAU CEMERLANG PMR 2010


(Gambar Hiasan)

Cucu-cicit Felda Endau kampung kesayanganku amat cemerlang dalam keputusan PMR 2010 yang telah diumumkan baru baru ini. Antara pelajar yang cemerlang ialah Muhammad Azamuddin bin Adnan, Nurul Hidayanti binti Muhamad, Muhammad Luqman bin Mat Jani, Nurhidayah binti Sarbaini dan lain-lain. Semoga kecemerlangan mereka ini menjadi ikutan dan idola kepada anak-anak yang lain. Amin

Rabu, 3 November 2010

Kambing Untuk Dijual




Kambing untuk dijual dengan harga yang berpatutan.
Dapatkan maklumat lanjut dengan penjual kambing di alamat dibawah:

No. 200 Ferlda Endau
Mersing Johor.

Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan Datang Lagi


Alhamdulillah, syukur dapat bertemu lagi dengan Ramadhan 1431/2010. Salam Ramadhan al Mubarak kepada ketua-ketua blog n pemimpin Felda Endau. Salam Ramadhan al Mubarak kepada warga Emas Felda Endau.
Salam Ramadhan al Mubarak kepada semua warga Felda Endau.
Salam Ramadhan al Mubarak kepada semua anak-cucu Felda Endau di perantauan.
Salam Ramadhan al Mubarak kepada semua warga Felda negeri Johor.
Salam Ramadhan al Mubarak kepada semua warga Felda Malaysia n Dunia.
Semoga Ramadhan kali ini diberkati dan dirahmati. Kitalah yang menentukan.
Selamat menunaikan ibadah puasa, terawih dan lain-lain.

Selasa, 13 Julai 2010

Cucu-cucu Felda Endau... exam dah dekat..


Peperiksaan

UPSR: 70 HARI LAGI
PMR: 84 HARI LAGI
SPM: 132 HARI LAGI
STPM: 111 HARI LAGI
STAM: 97 HARI LAGI

(13/7/2010)


Peperiksaan dah hampir tiba, kepada anak cucu Felda Kampung Kesayanganku jangan lupa study dengan jitu dan bersungguh-sungguh. Dapatkan keputusan exam yang cemerlang n jangan hampakan harapan ibu bapak. Jom study....

Berapa ramai anak cucu felda kampung kesayanganku yang jadi PM?
Berapa ramai anak cucu felda kampung kesayanganku yang jadi MB?
Berapa ramai anak cucu felda kampung kesayanganku yang jadi YB?
Berapa ramai anak cucu felda kampung kesayanganku yang jadi Mufi?
Berapa ramai anak cucu felda kampung kesayanganku yang jadi .....

X ada....
X ada....
Ada satu, dua aje
Ada kadang-kadang...
Aku nak jadi apa?

Isnin, 15 Februari 2010

SAMBUTAN JUBLI EMAS KG FELDA ENDAU (20 Februari 2010)



Jom memeriahkan lagi Sambutan Jubli Emas Kampung Felda Endau pada 20 Februari 2010 bertempat di Padang Awam Felda Endau. Semua peneroka dan generasi felda Endau dijemput hadir pada tarikh tersebut. Anak Cucu Felda Endau yang berada jauh diluar Felda Endau jangan lupa balik ke kampung Felda Endau (Shahrizal, Iskandar, Cilidin, Zakaria, Kustam, Musthir, bfe, fatin, ingintau dan lain-lain)