Isnin, 26 Januari 2009

BERI SOKONGAN










Felda Endau: Sekumpulan 20 generasi kedua Felda Endau, Mersing, mendakwa majoriti penduduk di penempatan berkenaan hidup di bawah paras kemiskinan dan mahu kerajaan segera bertindak bagi membantu mereka. Kumpulan berkenaan yang hadir di Bangunan Sultan Ibrahim, di sini, kelmarin, bagi menyerahkan memorandum tuntutan mereka kepada Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman turut mendakwa bahawa penempatan Felda tertua di Johor itu amat daif serta ketinggalan berbanding penempatan Felda lain. Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) cawangan Felda Endau, Abdul Razak Abu Bakar, berkata penempatan itu dibuka pada 1959 dan mempunyai 255 peneroka dengan setiap peneroka mendapat 2.88 hektar tanah.

Beliau berkata, sepatutnya setiap peneroka mendapat empat hektar tanah tetapi kawasan seluas 282.03 hektar yang dimajukan Felda di peringkat empat pada 1985, sehingga kini gagal diserahkan kepada peneroka. "Dengan keluasan yang ada, pendapatan bersih yang diperoleh setiap peneroka hanya di bawah RM700 dan masih di tahap kemiskinan tegar. Jika program tanam semula dibuat, pinjaman sara hidup diperoleh masih di bawah RM700 sebulan berbanding RM1,000 yang diterima peneroka lain," katanya selepas menyerahkan memorandum itu, di sini. Hadir sama, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Nasional, Mazlan Aliman.

2 ulasan:

  1. hai jom kita pakat sokong yang benar-benar betul dalam jalankan tugas sebagai pemimpin

    BalasPadam
  2. tahniah, blog anda telah di senaraikan di Blog Generasi Felda, oleh itu rajin2lah menulis kerana ianya akan dibaca oleh ramai org di blog generasi felda.

    BalasPadam