Sabtu, 11 Mei 2013

SELAMAT HARI IBU

 (Gambar keluarga Mek Ngah Abdul Rahman)

Umi,
Tidak pernah ku dengar kau mengeluh,
Kerna membanting tulang mencari rezeki untuk anakmu,
Tidak pernah ku melihat wajahmu mencemuh,
Kerna melahirkan dan membesarkanku..


 
Umi,
Jelas di riak wajahmu ,
Terpancar sinar keceriaan,
Yang menjadi penyuluh kegembiraanku dan kejayaanku,
Sehingga ke hari ini.


Umi,
Ku takut andai ku tidak dapat membalas setiap pengorbananmu,
Ku sebak andai usahaku tidak cukup untuk digelar anak mithalimu,
Ku gementar sekiranya dikau terluka dengan tingkah laku ku,
Ku cuba, umi.. Ku cuba menjadikan diriku mutiara untukmu..


Umi,
Kau bagaikan bidadari dunia ini,
Dihadiahkan Allah untukku,
Penuh bahagia ku sampingmu, umi..
Kan ku hadiahkan doa buatmu di sepanjang hayatku..


Hasil Nukilan,
Maizatul Nuzi Othman
ISMA  Hulu Langat

UMI, IBU, MAK, BONDA, MAMA, MUMMY, WALIDAH @ MOM….. tak kira apa saja gelaran yang anda berikan, insan tersebut adalah seorang yang paling kita sayangi dan hormati.
Sempena HARI IBU ni jom kita raikan orang yang kita sayangi dengan berdoa, bacaan al-quraan, memasak makanan yang mereka suka n peluk cium mereka sentiasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan