Jumaat, 27 Mei 2011

Felda Endau Ceria n Tenang


Keindahan dan kedamaian yang ada di Kampung FELDA Endau sememangnya mampu mendamaikan jiwa pengunjung yang datang ke sini.

Tak Kenal Maka Tak Cinta’
begitulah ungkapan yang tepat bagi menggambarkan perasaan ketika pertama kali melangkahkan kaki ke Kampung FELDA Endau, Johor. Ketika pertama kali mendengar perkataan LEMBAGA, terbayang di minda suasana menakutkan dan melucukan namun itulah ungkapan yang sering disebut-sebut penghuni sekitarnya.

Untuk mengunjungi Kampung FELDA Endau, pengunjung mempunyai dua pilihan sama ada melalui Bandar Mersing atau melalui Bandar Rompin, Pahang. Di timur Kampung FELDA Endau berhampiran dengan kawasan pantai dan di sebelah kawasan baratnya pula terdapat kawasan tasik Labong iaitu sebuah tasik tinggalan tentera Jepun semasa perang dunia ke-2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan