Rabu, 26 Januari 2011

Ciri-ciri Pemimpin Yang Baik

Jom renung2 n nak kongsi ni , saya baca, belajar dan timba daripada pengalaman. So, hari ni saya nak kongsi kepada semua pembaca setia blog FELDA ENDAU KAMPUNG KESAYANGAN KAMI.


Pemimpin Yang Baik Untuk D'Pilih
• Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tapi apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan KEPIMPINAN ADALAH TANGGUNGJAWAB DARIPADA ILAHI. Jangan cakap je berdegar2.
• Pemimpin yang kita pilih perlu BIJAK dan lebih pintar menyelesaikan masalah sekurang2nya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya dan BUKANNYA BUAT atau CARI MASALAH.
• IKHLAS melakukan tugasan dan bercakap, TIDAK BERCAKAP BESAR. Pemimpin yang bercakap besar pastinya akan kecundang akhirnya.
• Beliau mesti BERSEDIA MENERIMA TANGGUNGJAWAB tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
• Beliau TIDAK MENYALAHKAN ORANG LAIN bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri sertamerta memperbaiki kelemahan atau kesalahan dan TIDAK MENUDING JADI atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
• Pemimpin perlu bersikap LUHUR dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
• Pemimpin mesti TAHU MENGENDALIKAN PENGIKUTNYA begitu juga perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
KAWAN-KAWANKU, GENERASI KE2 LEMBAGA BELAJARLAH MENJADI PEMIMPIN ATAU MEMILIH PEMIMPIN AGAR MASA DEPAN ANAK CUCU KITA AKAN BAHAGIA DI DUNIA YANG INDAH INI DAN UNTUNG DI AKHIRAT KELAK.

UUM KL ( B.Komunikasi), (M. Pengurusan Pendidikan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan