Penghuni Kampung Felda Endau nikmat skim skim pinjaman baiki, besarkan rumah JOHOR BAHRU: Felda memperkenalkan skim pinjaman untuk membaiki dan membesarkan rumah tanpa faedah kepada semua peneroka bagi memberi peluang kepada masyarakat Felda memiliki kediaman yang lebih selesa berbanding rumah asal tanah rancangan itu. Pengurus Besar Wilayah Johor Bahru, Sheikh Abdul Hadi Sheikh Omar, berkata Kampung Felda Endau, antara Felda tertua di negeri ini tidak terkecuali daripada menikmati manfaat skim itu dan setakat ini, permohonan tujuh peneroka Felda itu sudah diluluskan.Katanya, setiap peneroka diberi pinjaman maksimum sehingga RM40,000 dengan beberapa syarat ditetapkan termasuk umur tidak melebihi 70 tahun dan nama peminjam perlu ada dalam geran. "Sejak dilancarkan pada tahun lalu, Felda meluluskan RM250,000 pinjaman bagi skim itu supaya peneroka dapat tinggal di kediaman yang lebih besar dan selesa," katanya pada satu majlis di sini Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Endau, Zainal Abidin Osman; Ketua Kampung Felda Endau, Raja Manap Raja Ali dan setiausaha Jawatankuasa Kecil Kampung (JKKK) Felda Endau, Shamsudin Atan.Sheikh Abdul Hadi berkata, Felda juga meluluskan pembiayaan rumah lapan peneroka iaitu golongan ibu tunggal, anak cacat atau suami hilang keupayaan untuk bekerja dengan memperuntukkan RM10,000 bagi pembinaan setiap rumah berkenaan yang kini siap untuk diduduki. Selain itu, katanya, Felda memperuntukkan RM651,000 yang disalurkan sejak 2005 bagi pembangunan dan baik pulih infrastruktur kemudahan awam dan sungai dengan jumlah paling tinggi pada tahun lalu bagi kerja membaiki saliran perparitan. Katanya, sebanyak RM329,000 diperuntukkan tahun lalu untuk menjalankan kerja membaik pulih parit dan longkang, selain RM80,000 dan RM50,000 lagi bagi sekolah agama dan masjid di Felda itu. Zainal Abidin berkata, peruntukan yang disalurkan Felda memberi banyak bantuan kepada penduduk dan pada masa sama, peneroka turut menerima peruntukan daripada kerajaan negeri setiap tahun bagi pembangunan dan program kemasyarakatan."Baru-baru ini juga, kerajaan meluluskan permohonan membina masjid baru untuk menggantikan masjid sedia ada bernilai RM1.3 juta bagi kegunaan penduduk setempat. "Proses menyerahkan geran kepada semua peneroka juga sedang disiapkan dan kini sedang mencari tarikh sesuai bagi menyempurnakan penyerahannya," katanya. Sementara itu, Raja Manap berkata, sejak Felda itu diteroka pada 1959 dan mula diduduki setahun selepasnya, Felda itu menikmati pelbagai arus kemodenan dengan bekalan elektrik sepenuhnya pada 1980 dan mempunyai empangan serta loji air untuk dibekalkan kepada penduduk setempat dan seluruh Endau. Katanya, JKKK mengadakan mesyuarat bulanan setiap dua bulan bagi membincangkan pelbagai program yang diadakan hampir setiap bulan, menyertai pelbagai pertandingan peringkat Felda, daerah dan negeri serta menganjurkan Liga Bola Sepak Endau. "Kampung kami juga menyertai pertandingan Desa Cemerlang 2008 dan dijangka menjadi lokasi lawatan dalam rangka Kembara Mahkota Johor tahun ini," katanya. Kampung Felda Endau di kawasan seluas kira-kira 1,000 hektar dengan majoriti penduduk menanam getah dan kelapa sawit dilengkapi pelbagai kemudahan asas termasuk sekolah, jalan raya, masjid, surau, pondok polis, klinik kesihatan, perpustakaan dan padang permainan. Seramai 958 penduduk mendiami Felda itu di 255 rumah dan berdasarkan bancian terkini, 17 rumah di kampung itu terbengkalai dan ditinggalkan akibat masalah waris selepas kematian peneroka generasi pertama.
Sabtu, 28 Februari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
erm..rumah ayah saya dah selesai sudah. alhamdullilah.. melalui pinjaman felda ni la.. di perak..
BalasPadamsekarang tahun 2020 masih bleh ke klu nak buat pinjaman loan dari felda..
BalasPadam