Jumaat, 27 Mei 2011

Felda Endau Ceria n Tenang


Keindahan dan kedamaian yang ada di Kampung FELDA Endau sememangnya mampu mendamaikan jiwa pengunjung yang datang ke sini.

Tak Kenal Maka Tak Cinta’
begitulah ungkapan yang tepat bagi menggambarkan perasaan ketika pertama kali melangkahkan kaki ke Kampung FELDA Endau, Johor. Ketika pertama kali mendengar perkataan LEMBAGA, terbayang di minda suasana menakutkan dan melucukan namun itulah ungkapan yang sering disebut-sebut penghuni sekitarnya.

Untuk mengunjungi Kampung FELDA Endau, pengunjung mempunyai dua pilihan sama ada melalui Bandar Mersing atau melalui Bandar Rompin, Pahang. Di timur Kampung FELDA Endau berhampiran dengan kawasan pantai dan di sebelah kawasan baratnya pula terdapat kawasan tasik Labong iaitu sebuah tasik tinggalan tentera Jepun semasa perang dunia ke-2.

Ahad, 15 Mei 2011


Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

SELAMAT HARI GURU,
TERIMA KASIH CIKGU
Buat semua guru di Malaysia, n khasnya cikgu-cikgu yang telah mengajar di SK Lembaga, Endau. Semoga ceria dihati n selalu senyum. TQ cikgu. (GPK HEM SK Nenasi, Pekan)